Thursday, June 19, 2014

Jangan Dustai Cinta

JANGAN DUSTAI CINTA

Aku...
Menyayangimu sepenuh hati
Apa saja kemahuanmu
Akan cuba aku penuhi
Demi membahagiakan dirimu...

Aku...
Mencintaimu setulus hati
Seluruh jiwa dan raga
Tanpa rasa ragu dalam diri
Biar dirimu tidak kaya raya...

Aku...
Menerimamu dengan ikhlas hati
Biarlah dirimu tidak sempurna
Mendambakan hanya kesetiaan diri
Jangan pernah khianati diri ini

Aku...
Menginginkan diri ini dihargai
Biarlah sayang berpanjangan ke akhirnya
Susah senang bersama diharungi
Jangan pernah dirimu lupa

Aku...
Mengharapkan diri ini terus dicintai
Sumpah setia yang pernah termeterai
Jangan pernah diingkari
Jangan pernah didustai...



Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
#AkuBukanNovelis



3 comments:

  1. Sebuah cinta yg penuh pengharapan moga tergapai segala impian..

    ReplyDelete
  2. ingatkan sapa pulak nak mengorat akak siap anta sajak kat gmail...hahaha...tahniah di atas kelahiran blog ni. btw, tak mahu guna 'penulis picisan' - penulis sama sahaja. yang membezakannya karya mereka.

    ReplyDelete
  3. Kakak dtg bertandang memberi perkhabaran hihi... (nak ikut style penulis novellah konon)

    Address kakak tak berubah lah. Nak pindah mana dah tua-tua ni:)

    ReplyDelete