Wednesday, September 23, 2015

Rindu Pengubat Luka



"Hang simpan lagi rasa sakit hati tu buat apa?" Wahida bersuara seraya melabuhkan punggungnya bersebelahan Fiza. Dua buah muk yang berisi milo panas diletakkan di atas meja berhadapan mereka.
Pandangan mata Fiza, sahabatnya itu masih lagi tertancap pada skrin televisyen yang memaparkan drama bersiri Korea. Fiza masih lagi diam tidak berkutik.
"Dia dah minta maaf dengan hang, kan? soal Wahida.
"Dah." Balas Fiza pendek.
"Semua orang buat silap. Hang kena ingat tu. Hang lupakan kisah tu." Bicara Wahida lembut.
"Aku tahu bukan senang nak lupakan. Kalau aku kat tempat hang, aku pun tak tahu samada aku boleh terima ke tak." sambung Wahida lagi.


No comments:

Post a Comment