Monday, April 23, 2018

Koleksi Novel Noor Suraya

Assalamualaikum.

Saya kembali lagi menulis di sini. Blog ini adalah blog kedua saya selepas Bila Aku Bercerita. Di blog ini saya banyak berkongsi tentang buku. Minggu lepas saya terima berita yang Jemari Seni akan berhenti beroperasi. Perasaan saya selepas membaca pengumuman yang dibuat Kak Su di dinding muka buku.

Kemurungan.

Serius saya murung. Sedihlah. Saya tahu kewujudan Jemari Seni sejak tahun 2013 di mana waktu itu saya sudah mula terjebak dengan dunia penulisan. Kemudian saya mula membeli novel keluaran Jemari Seni.

Kemudian saya diperkenalkan oleh kawan saya tentang novel Noor Suraya iaitu pemilik Jemari Seni. Saya pinjam novel-novel Noor Suraya kepunyaan kawan hinggalah saya beli sendiri untuk dijadikan koleksi sendiri di rak buku.

Inilah sebahagian novel Noor Suraya yang saya panggil Kak Su di rak buku saya. Nampaknya Pesta Buku Antarabangsa tahun ini saya akan memborong buku Jemari Seni sebab tahun ini tahun akhir mereka terlibat dengan PBAKL. Empat daripada novel di atas telah selesai saya baca. Nanti saya review kalau sempat ya.

Antara kenangan saya bersama Jemari Seni adalah Antologi Cerpen Kelip-Kelip Kusangka Api yang terselit cerpen saya berjudul Rotan Terbelah. Setakat ini naskhah itu boleh dibeli di Kedai Buku Popular.

Sekian dulu. Nanti sambung lagi ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Wednesday, April 11, 2018

Sebuah Karya Mak-Mak Lah Sanggattt...

Assalamualaikum.

Pembuka bicara untuk entri pagi ini. Entri pertama untuk tahun ini. Aku ingin kongsikan tentang buku pertama aku untuk tahun ini yang akan terbit pada awal April nanti sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung selama sepuluh hari dari 27 April hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada para pencinta buku, sudah semestinya ini adalah detik yang ditunggu-tunggu. Dalam perancangan, aku mahu ke sana juga. Kalau tahun ini aku pergi, ini bermakna sudah lima tahun berturut-turut aku ke PBAKL.

Jadi untuk kali ini, hati berbunga riang kerana pertama kalinya untuk tahun ini buku akan diterbitkan. Naskah anekdot yang mengisahkan 200 cerita daripada 10 orang penulis. Para penulisnya adalah Adila Hassan, Faizah Mohd Noh, Suhaila Sharif, Monalita Mansor, Nur Dila, Suhana Saleh, Suzana Jumadil, Norika Kadir, Nurul Hashim dan termasuk aku sendiri.

Kisah lucu yang menghimpunkan kisah mak-mak dan bakal mak-mak. Ada kisah mentua, kisah anak, kisah isteri, kisah pengasuh, kisah mbak, kisah kampus dan juga kisah si tukang masak. Kalau mahu tahu selanjutnya bolehlah membuat pesanan awal.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada emel alfidah83@gmail.com. Semoga sokongan kalian dapat mewarnai industri penulisan kita. Naskhah ini juga boleh dihadiahkan pada insan tersayang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Nama:
Email:
Saya mahu: Antologi Cerpen Tribunal Cinta, RM20 (SM) RM25 (SS)
Antologi Cerpen Suara Kekasih Cinta, RM25 (SM) RM30 (SS)
Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api, RM38 (SM) RM41 (SS)
Anekdot Mak-Mak Lah Sangat, RM25 (SM) RM27 (SS)
Pos Laju:
Alamat penuh:
Nombor Telefon
Nota Tambahan (jika ada):

Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »